Wednesday, April 22, 2009

Pemberian


Semua apa yang ada dalam hidup kita ini adalah pemberian Allah. Penghormatan, kemuliaan, sifat kasih sayang, sifat tanggungjawab dan semua sifat yang ada dalam diri kita ini adalah pemberian dari Nya. Tidak semua insan mempunyai sifat yang sama. Sebab itulah ada antara mereka yang tergamak membunuh ahli keluarga sendiri, menganiaya orang dan sebagainya. Senang saja jika kita hendak memikirkan kesannya. Cuba kita fikirkan kesannya ke atas orang yang paling hampir dengan kita. Sebagai contoh, kita mencuri barang orang. Mungkin balasan Allah tidak turun kepada kita, tetapi kepada orang yang hampir dengan kita. Mungkin pada ahli keluarga ataupun saudara kita. Penghormatan yang diberikan Allah perlu kita gunakan dengan sebaiknya. Jika tidak, dalam sekelip mata DIA boleh merentap kembali penghormatan itu. Jika dulu kita dihormati, disanjungi dan dipandang mulia dan hormat oleh masyarakat, tetapi jika kita tidak menghargainya ataupun riya' dengan penghormatan itu, tidak mustahil kita akan dipandang hina...lebih hina dari binatang. Jadi, beringatlah...

Teman


Hidup sebagai manusia kadangkala penuh dengan berbagai cabaran. Dalam menghadapi cabaran itulah, kita memerlukan sokongan untuk terus menghadapinya. Sokongan rakan-rakan, sahabat baik, teman rapat, ibu bapa dan ramai lagi. Namun, pasti akan ada satu sokongan yang akan kita jadikan pendorong yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran tersebut. Dan pastinya satu sokongan itu datangnya hanya dari seorang. Mungkin boleh jadi ahli keluarga, rakan-rakan, ataupun seseorang itu boleh jadi seseorang, tidak terkategori dalam mana-mana kumpulan pun. Hanya "dia" seorang, dalam gelarannya yang tersendiri. Manusia selalu menjadikan "dia" ini sebagai satu kata putus dalam menghadapi cabaran tersebut. Biarpun dia telah berbincang dengan ahli mesyuarat tingkapnya ataupun ahli seangkatannya, pasti dia akan minta pendapat "seseorang" ini sebagai pencetus keputusannya. Namun, memohon panduan daripada Allah adalah yang paling utama. Kerana seseorang itu tidak akan kekal dalam hidup kita. Tapi berdoalah, mudah-mudahan "dia" akan sentiasa bersama kita walau apa pun terjadi.................................Insyaallah.....