Friday, April 24, 2009

Tugas dan ganjaran

Jam 6 pagi, telefon bimbit saya berbunyi. Penyelaras unit menghubungi saya untuk memaklumkan jurulatih akan datang pada jam 9 pagi..ya..9 pagi. Pagi ini saya tidak ke masjid untuk solat subuh b'jema'ah kerana lewat bangun...jam 5.58 pagi. Semuanya terjadi pada pagi ini. Hmm...agak terkilan di hati ini kerana tidak dapat ke masjid. Jadi, saya dapatlah menjawab panggilan penyelaras unit itu. Selepas solat subuh, saya tidur semula dan tersedar jam 8.45 pagi. Terus saya bergegas bersiap untuk ke pejabat unit dengan membawa dokumen-dokumen penting. Rupa-rupanya jurulatih tiba jam 10 pagi. Hmm...jadi dalam tempoh satu jam itulah saya melengkapkan laporan untuk jurulatih dan berbincang apa yang patut dengan penyelaras unit. Jam 10 jurulatih tiba dan berbincang tentang pemarkahan pelajar. Selesai perbincangan, saya bersama bear (rakan sekelas, sejawatan, sepasukan) dan jurulatih pergi ke warung kampus untuk makan tengahari, jurulatih belanja...hahahaha. Tiba masa nak bayar, juruwang warung mengatakan makanan kami telah dibayar. Terkejut jurulatih saya. Seorang pelajar telah membayarkan untuk kami bertiga. Alhamdulillah...rezeki... Saya perlu berterima kasih kepada pelajar tersebut. Tugas adalah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kita untuk kita laksanakan sebaiknya. Insyaallah....rezeki dan ganjaran akan tiba kepada kita tanpa kita sangka. Yang penting adalah keikhlasan. Jadi, buatlah kerja dengan ikhlas kerana dengan keikhlasan itulah yang akan membuatkan hasil kerja kita itu akan kelihatan sempurna di mata orang.

Thursday, April 23, 2009

Tidak ku duga..

Hari ini hari kedua saya menghadapi peperiksaan. Namun, untuk subjek hari ini sungguh saya tidak sangka akan soalan yang dicetak pada kertas soalan, susah..!!! Sungguh tidak ku duga..namun itulah yang dipanggil peperiksaan, pelajar perlu bersedia dengan apa jua soalan yang akan keluar. Mudah-mudahan apa yang kami jawab adalah bertepatan dengan kehendak soalan..Insyaallah...

Wednesday, April 22, 2009

Pemberian


Semua apa yang ada dalam hidup kita ini adalah pemberian Allah. Penghormatan, kemuliaan, sifat kasih sayang, sifat tanggungjawab dan semua sifat yang ada dalam diri kita ini adalah pemberian dari Nya. Tidak semua insan mempunyai sifat yang sama. Sebab itulah ada antara mereka yang tergamak membunuh ahli keluarga sendiri, menganiaya orang dan sebagainya. Senang saja jika kita hendak memikirkan kesannya. Cuba kita fikirkan kesannya ke atas orang yang paling hampir dengan kita. Sebagai contoh, kita mencuri barang orang. Mungkin balasan Allah tidak turun kepada kita, tetapi kepada orang yang hampir dengan kita. Mungkin pada ahli keluarga ataupun saudara kita. Penghormatan yang diberikan Allah perlu kita gunakan dengan sebaiknya. Jika tidak, dalam sekelip mata DIA boleh merentap kembali penghormatan itu. Jika dulu kita dihormati, disanjungi dan dipandang mulia dan hormat oleh masyarakat, tetapi jika kita tidak menghargainya ataupun riya' dengan penghormatan itu, tidak mustahil kita akan dipandang hina...lebih hina dari binatang. Jadi, beringatlah...

Teman


Hidup sebagai manusia kadangkala penuh dengan berbagai cabaran. Dalam menghadapi cabaran itulah, kita memerlukan sokongan untuk terus menghadapinya. Sokongan rakan-rakan, sahabat baik, teman rapat, ibu bapa dan ramai lagi. Namun, pasti akan ada satu sokongan yang akan kita jadikan pendorong yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran tersebut. Dan pastinya satu sokongan itu datangnya hanya dari seorang. Mungkin boleh jadi ahli keluarga, rakan-rakan, ataupun seseorang itu boleh jadi seseorang, tidak terkategori dalam mana-mana kumpulan pun. Hanya "dia" seorang, dalam gelarannya yang tersendiri. Manusia selalu menjadikan "dia" ini sebagai satu kata putus dalam menghadapi cabaran tersebut. Biarpun dia telah berbincang dengan ahli mesyuarat tingkapnya ataupun ahli seangkatannya, pasti dia akan minta pendapat "seseorang" ini sebagai pencetus keputusannya. Namun, memohon panduan daripada Allah adalah yang paling utama. Kerana seseorang itu tidak akan kekal dalam hidup kita. Tapi berdoalah, mudah-mudahan "dia" akan sentiasa bersama kita walau apa pun terjadi.................................Insyaallah.....

Tuesday, April 21, 2009

sayangkan bangsa

Sayangkan bangsa..? Ungkapan ini kadangkala kelihatan seperti sangat patriotik. Namun, terdapat pihak yang menyalah gunakan ungkapan ini untuk tujuan peribadi mereka. Sebagai rakyat yang dikategorikan sebagai bumiputera di Malaysia ini, saya bersyukur kerana pelbagai kemudahan yang diberikan kepada kita. UiTM adalah salah satunya. Pelbagai maksud yang dilemparkan oleh "mulut-mulut nakal" terhadap frasa "UiTM" ini. Namun bagi saya, saya sedar bahawa sebagai rakyat yang diterima masuk ke institusi ulung ini, saya perlu bertanggungjawab terhadap bangsa yang telah mencurahkan seluruh tenaga mereka untuk membantu mereka yang "menetap" di dalam UiTM ini. Saya mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara walaupun sumbangan saya tidaklah sehebat pemimpin yang sedang memimpin negara, tetapi sumbangan yang kecil ini, jika dapat diteruskan, insyaallah pelbagai kemajuan akan dapat kita kecapi. Begitu banyak sumbangan yang dapat kita lakukan, sama ada dari segi modal kewangan, tenaga kerja, kemahiran mahupun intelektual. Tidak semua orang layak digelar professor mahupun menyandang gelaran Doktor falsafah (PhD), tetapi semua orang mempunyai kemahiran tersendiri. Yang paling penting dalam mengekalkan martabat sebuah negara adalah modal insan keluaran negara itu sendiri...!!! Kita boleh berbangga dengan orang kampung kita yang belajar di Oxford, Harvard University ataupun universiti-universiti "obersi" [nota: oversea-luar negara] tetapi jika mereka pulang ke negara ini dengan membawa budaya "obersi" mereka itu, bukankah membawa kepada masalah..? Rakyat Malaysia berjuta-juta jumlahnya, cukuplah dengan 10% mereka yang dihantar belajar di sana dan terikut-ikut dengan budaya sana, bukan semua...cuma 10% sahaja, pulang kesini, sudah boleh menubuhkan pergerakan mereka sendiri..kerana mereka bijak memutar belit fakta. Pemuda yang kurang berpengetahuan pula melihat perkara itu sebagai "stylo" dan tanpa mengetahui asal usul sesuatu perkara itu, terus mengikutnya. Saya tak bermaksud mangatakan belajar di luar negara itu tidak bagus, tetapi pelajar-pelajar ini perlu ditanamkan dengan sifat cintakan agama, bangsa dan negara. Peranan dan tanggungjawab persatuan pelajar di luar negara adalah sangat penting dalam memastikan rakyat negara ini tidak menjadi bagai kacang lupakan kulit. Pelajar yang dihantar ke luar negara ini boleh dianggap sebagai duta kecil negara, boleh juga dianggap sebagai agen perisik negara dalam peranan membawa maklumat berkaitan dengan ilmu pengetahuan masuk ke negara kita. Jadi, sedarlah wahai bangsaku bahawa kemajuan, keamanan dan perpaduan yang kita kecapi di Malaysia ini tidak akan kekal jika kita lalai dan terpedaya dengan anasir-anasir luar yang cuba masuk ke negara kita dengan cara yang halus, tidak menggunakan kekerasan tetapi lebih berbisa pedihnya daripada pedih dan derita kemusnahan yang disebabkan peperangan.

Interview


Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah


Rujukan: kerepek-net.blogspot.com/

Akhlak

Pagi ini saya terfikir, bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang..? Satu perkara yang paling saya takuti adalah pada masa akan datang akhlak saya lebih teruk dari sekarang. Jika sekarang kita berupaya untuk ke masjid dan bersolat berjema'ah, adakah pada masa akan datang kita akan tetap melakukannya..? Kekuatan dalaman yang dianugerahkan Allah adalah satu kekuatan yang sukar diperoleh. Kekuatan kita bangun subuh, mandi pagi dan ke masjid solat berjema'ah, semua itu adalah satu anugerah. Namun dalam mengekalkan kekuatan itu adalah suatu yang memerlukan niat dan hati yang bersih. Insyaallah, kekuatan itu akan kita peroleh..Ameen..

Monday, April 20, 2009

Puasa...

Hari ini saya berpuasa kerana ganti untuk tahun lepas, saya demam kuat selama 8 hari. Selain itu, orang kata kalau kita berpuasa semasa ada peperiksaan, insyallah dipermudahkan untuk menjawab. Alhamdulillah, untuk paper pertama pagi tadi, saya dapat menjawab dengan tenang. Dalam hati, yakin dengan jawapan yang diberikan. Tapi, ada beberapa soalan yang..hmm...saya letak sahaja jawapan yang berkaitan. Mana tau kalau betul..hehe..
Mudah-mudahan pensyarah berlembut hati dalam menanda kertas jawapan saya..

Monday, April 13, 2009

thinking training..

Alla S.W.T telah mengurniakan kepada manusia satu kurniaan yang sangat hebat..ye..akal fikiran. Inilah kurniaan daripadaNYA yang membezakan kita dengan binatang. Bagi saya, saya terpikir bagaimana kuasa ALLAH menciptakan alam ini yang penuh dengan pelbagai lapisan hidupan, dari sekecil-kecil bakteria hinggalah sebesar-besar lautan. Bagi manusia, terdapat pelbagai sistem dalam badan kita ini. Namun, pernahkah kita terpikir bagaimana kita yang semasa lahirnya comel dan cute membesar dengan saiz yang amat berbeza semasa kita lahir. Kita bukan robot yang boleh dipasang aksesori untuk ditambah saiznya. Sebagai hamba Allah, wajib kita mempunyai rasa syukur kepadaNYA di atas semua nikmat ini. Minggu depan lpeperiksaan akhir bagi semester ini akan bermula. Bermula 20 April hinggalah 10 Mei. Namun saya tamat pada 5 Mei, bukan suatu yang menggembirakan kerana 13 Mei saya mempunyai peperiksaan MUET. Insyaallah...jika kita berserah kepada Allah, maka DIA akan mempunyai sesuatu yang akan diberi kepada kita.


Ya Allah..aku ini hambamu yang lemah..segala nikmatMu keatas ku sungguh tak terkira..namun kadangkala aku alpa tentang pemberianMu ini...ampunkan dosaku Ya Allah..kau pandanglah aku dengan rahmatmu Ya Allah..kau pandanglah aku dengan kasih sayangMu Ya Allah...pandanglah aku dengan kemuliaanMu Ya Allah...sesungguhnya kau lah yang Maha Kuasa keatas seluruh alam ini...

Insyaallah...doa adalah senjata mukmin...namun kita perlu menunjukkan usaha ke arah mencapai matlamat kita....dengan usaha dan doa serta tawakal...dengan izinNya..apa yang kita hajati akan tercapai...Amin....