Saturday, February 21, 2009

kepimpinan dan tanggungjawab

Emm..menjadi seorang pemimpin...pelbagai amanah yang perlu dipikul. Bukan senang, kalau kuasa yang kita gunakan itu ke arah yang salah, maka di akhirat kelak akan di soal Allah..ha..apa nak jawab. Ketika itu mulut dah berkunci. Yang menjawabnya anggota badan yang lain. Kembali kepada diri saya, saya menjadi salah seorang ketua dalam sebuah organisasi di universiti. Bila dah di peringkat ini, semestinya kepimpinan kita akan diperhatikan. Lebih-lebih lagi di dalam organisasi saya ini. Silap sikit, heboh satu kampus. Hari ini saya berada di rumah di Senai. Saja jumpa mama dengan abah. Sampai je rumah..angah tengah mengadap TV. Bila dia balik saya pun tak tau. Pagi ni..saya on saja kad SIM celcom saya...3 misscalled...rupanya orang generator..tempat untuk anak buah saya camping minggu depan. Balik cuti pun orang cari..lantas saya hubungi dia semula dan minta dia menghubungi rakan saya yang sedang uruskan camping itu..selesai. Amanah dan tanggungjawab menjadi prinsip utama dalam kepimpinan. Jangan sekadar ingin mendapat nama dan pangkat (ehem-ehem...) kerja kena buat...kerja itu AMANAH...!!!! Kalau setakat nak glamour..masuk la AF...akademi foya-foya...jalan perintis ke maksiat..pendorong ke neraka...roadblock untuk ke syurga...

the muqaddimah

assalamualaikum..alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya memiliki sebuah "laman penyampai akal fikiran yang relevan" untuk saya sendiri. Cuma untuk berkongsi pandangan dan pendapat tentang isu-isu semasa kepada semua pengunjung blog ini. Emm...setakat ini tiada apa yang menarik. Isu politik yang kurang jelas akan masa depannya tidak menarik perhatian saya. Bagi saya, wakil rakyat yang diundi untuk mewakili rakyat di negeri Perak tidak menghargai pilihan rakyat terhadap mereka. Sungguh mendukacitakan, mereka seolah-olah menganggap, apabila mereka dipilih, mereka adalah ketua yang boleh melakukan segala-galanya. Kalau dah nama pun "wakil rakyat", sedar-sedarlah yang awak tu adalah wakil kepada rakyat, untuk menyampaikan hasrat rakyat kepada pemerintah..ingat.."pemerintah"..tidak semestinya "kerajaan"...kalau pentadbiran dah penuh dengan korupsi...masa depan negara pun dah macam "awan mendung menunggu untuk angin taufan"...ok..cuma ingin berkongsi pendapat...cuma 1..kita dihantar ke dunia ini untuk menjadi khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir bumi ini dengan sebaiknya...sedarlah...