Monday, May 11, 2009

Apa itu masa..????

Siapa yang tak tau masa...? Boleh balik sekolah tadika, tanya cikgu.."cikgu..cikgu..masa tu apa..?"
Kita di ajar bercakap atau bertanya "pukul berapa sekarang..?" Langsung tak wujud perkataan masa dalam pertanyaan tu. Tapi itulah yang di tunjukkan sebagai masa. Baik..tu tiada kena mengena langsung dengan apa yang anda nak baca selepas ini.


Didalam surah Al-Asr, Allah berfirman "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.."
Memang itu hakikatnya. Jika kita tidak pandai menggunakan masa dengan bijak, rugi.......!!
Semua perkara bergantung kepada masa. "Baik, masa tinggal 5 minit sahaja lagi, pastikan maklumat di hadapan kertas jawapan telah ditulis dengan lengkap.." Susunan ayat yang biasa kita dengar dalam situasi peperiksaan. Saya suka mengambil contoh yang berkaitan dengan "formasi atur gerak" yang 100% menggunakan masa sebagai panduan. Dalam satu rompakan bank, penjenayah yang professional akan mengatur strategi untuk melaksanakan rompakan mereka. Jika rompakan hendak dilakukan dalam tempoh 1 minit, maka mereka perlu melakukan dalam satu minit. Yang pemandu lain, yang menjaga bahagian luar kawasan lain, yang menggertak kakitangan bank lain, semua ada peranan masing-masing dan ada kiraan masing-masing. Itulah kesan masa, jika perompak-perompak itu terlewat sedikit, maka gagallah mereka. Sama seperti operasi polis, tentera atau bomba. Masa menjadi elemen utama dalam pergerakan operasi mereka. Jika polis dan tentera, apabila telah ditetapkan jam 2100 untuk melepaskan tembakan, maka semua anggota perlu melepaskan tembakan pada waktu yang sama. Jika seorang melepaskan tembakan hanya 5 saat awal daripada waktu yang ditetapkan, bermakna posisi mereka dalam bahaya. Mereka boleh diserang semula secara bertubi-tubi oleh pihak musuh. Jika bomba pula, jika di dalam modus operandi mereka menetapkan 5 minit atau kurang untuk ke lokasi kejadian, maka mereka perlu mematuhinya. Jadi, apabila anda melihat ada jentera bomba berhampiran anda, berilah laluan...!!!!

Allah Subhanallah Ta'ala telah menetapkan waktu solat fardhu untuk hambanya yang menjadi umat Muhammad, kekasihnya. Akal kurniaan Nya boleh kita gunakan sebaiknya untuk tujuan mendapat waktu solat. Sebab itulah, waktu solat pada bulan berikutnya kita boleh tahu pada hari ini padahal jaraknya hampir sebulan. Jika kita berada pada zaman Perak Man, agak mustahil untuk kita mendapat tahu tentang waktu solat tersebut.

Jadi, memang terbukti yang masa itu mempengaruhi hidup kita. Ada yang kata, bosan, tak tau nak buat apa. Jadi, mereka bolehlah tergolong didalam golongan yang rugi kerana tidak menggunakan masa dengan betul. Kehidupan sebagai umat Islam ini memang teratur. Apabila menjadikan Islam itu sebagai Ad-Din, maka kehidupan kita akan lebih teratur. Insyaallah..apa yang penting adalah memohon bantuan dari Nya untuk menjadikan diri kita ini kuat, sihat, berpengetahuan dan memenuhi ciri-ciri hamba Nya yang bersyukur keatas nikmat Nya..Amin........

Tuesday, May 5, 2009

Masa berlalu

Teringat zaman ketika berusia 3 hingga 12 tahun dahulu. Zaman kanak-kanak yang penuh warna warni, keceriaan, kegembiraan dan keseronokan. Ya, zaman kanak-kanak. Yang kita tahu hanya itu. Saya teringat semasa berusia 3 hingga 9 tahun, apabila pulang ke kampung di kempas, saya dan sepupu selalu bertanya dengan datuk, "atuk, nak mainan..!!" Ketika itu beliau bekerja sebagai pemandu teksi selepas bersara daripada tentera dan wardar penjara Johor Bahru. Pada kebiasaan beliau akan membawa pulang mainan untuk cucu-cucunya selepas memandu teksi di sekitar Johor Bahru. Saya teringat ada suatu masa dimana saya dimasukkan ke wad di hospital Kulai kerana mengidap asthma. Beliau datang menziarah cucunya yang nakal ini dan membawa mainan motosikal polis. Umur kanak-kanak, apalah yang nak lagi, nampak saja mainan itu terus gembira. Apabila datang musim cuti, saya membawa balik mainan itu ke kampung dan menayangkan kepada sepupu-sepupu saya. Tentunya mereka cemburu...hahaha. "atok..kenapa fuad dapat mainan motor tu tapi kitorang tak dapat..?" "Ala..itu mainan orang sakit..orang sakit je yang dapat mainan tu..yang sihat ngan kuat tak payah..kalau tak dapat maknanya kuat la tu.."

Saya masih teringat semasa sekolah rendah, saya pernah lari dari rumah sehingga waktu malam. Kisahnya bermula begini...jeng..jeng..jeng..

"Kawan-kawan saya ajak pergi mandi di laluan air di belakang kawasan perumahan kami. Tempat tu sebenarnya sebuah padang rumput yang cantik, terutama bila selepas hujan, keadaan di situ nyaman sangat. Jadi, kami pun pergilah ke sana. Jadi kebiasaan saya bagi tau mama kalau nak pergi mana-mana, walaupun dalam kawasan quarters itu sahaja. Tapi petang tu saya tak cakap apa-apa. Terus sahaja keluar. Sedang seronok mandi manda, tiba-tiba hujan turun. Dah nama pun tengah mandi..kami terus je la. Hujan berhenti baru kami balik. Dalam hati saya..mesti abah cari ni..tengah nak sorong basikal untuk balik (sebab tanah lembik, takut basikal tenggelam) ternampak kelibat van abah sedang mencari saya dan mungkin juga kami. Bagaikan komando, semua sekali meniarap ke tanah, basikal ditolak ke dalam semak. Tetapi abah terus sahaja jalan tanpa berhenti. Tapi mungkin dengan pergerakan perlahan van tu abah mungkin nampak kelibat kami, dalam sangkaan saya. Jadi, apabila balik ke rumah, abah buka pintu dengan rotan di tangan. " pergi mana tadi..kenapa mandi hujan..?" "tak pergi mana-mana..pergi rumah kawan je.." "abis..seluar tu kenapa basah..?" Saya terdiam. "Kalau nak masuk, hulur tangan" Isyarat abah untuk merotan. Saya tak nak. "Dah, kau jangan masuk rumah ni, duduk kat luar." Lalu saya pergi ke rumah kawan-kawan saya yang bermain sama petang tadi. Rupanya ibu bapa mereka pun tahu juga. Mereka pun senasib dengan saya..hahaha. Kami pun berkumpul dan melepak di taman permainan sehingga maghrib. Maghrib berlalu sehingga ke waktu isyak. Saya nampak abah pergi ke surau kerana kawasan taman permainan itu dekat dengan surau, hanya beberapa meter. Bila hari dah gelap, solat isyak pn dah habis, kami bergerak ke jalan belakang quarters kami. Tiada siapa syak sebab memang biasa kalau ada budak-budak merayau kat kawasan tu,bermain basikal, badminton malah ada yang main masak-masak kat tengah padang walaupun gelap..ha..tu yang uniknya quarters tempat tinggal saya..namun sekarang tiada lagi kerana kanak-kanak lebih suka duduk dirumah bermain video game, ada yang pergi tuisyen dan ada yang ibu bapa tak benarkan keluar. Emmm..jadi kami pergi ke belakang sebuah blok dan menyorok di situ, ada yang panjat pokok, saya pula dalam rumpun serai, masing-masing mengambil posisi dan kedudukan masing-masing, seolah-olah pasukan komando yang hendak menyerang hendap. Masa itu tak fikir pun tentang ular ke, biawak ke ataupun serangga dan alhamdulillah..Allah masih sayangkan kami, semua makhluk tu tiada. Masa tu nampaklah ada keluarga yang sedang makan malam, ada yang tengah sidai baju dan sebagainya. Sedang bersembunyi, saya terdengar deruan motosikal abah yang sememangnya kuat dan berdentum, kawasaki 2 ekzos. Saya berbisik pada kawan-kawan "seoperasi".."woi..abah aku tu..habis la..mesti semua tengah cari kita ni.." 2 ke 3 kali saya dengar abah berulang alik di sekitar blok tu tapi tidak nampak kami. Sedang bersembunyi, datang "pasukan mencari" ke belakang blok tersebut dan akhirnya menjumpai kami semua. Lalu kami ditawan dan dibawa ke kediaman masing-masing tetapi saya dibawa ke rumah penjaga saya terlebih dahulu. Saya memanggilnya mak. "Ad pergi mana..semua orang cari..mama kat rumah pun risau tau.." Kemudian saya dibawa ke rumah. Di rumah, mama menangis sebab saya tak balik-balik dari petang. Nak membela, saya cakaplah abah tak bagi masuk. Mama marah-marah. Kemudian mak cakap jangan buat macam tu lagi. Saya pun minta maaf kat mama dan janji tak buat lagi.

Begitulah kisahnya..kalau hendak di cerita semua..bagi saya peruntukan, saya buat filem....hahaha


Emm..zaman kanak-kanak adalah zaman paling seronok dan gembira. Ya...memang gembira...!!!