Saturday, February 21, 2009

the muqaddimah

assalamualaikum..alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya memiliki sebuah "laman penyampai akal fikiran yang relevan" untuk saya sendiri. Cuma untuk berkongsi pandangan dan pendapat tentang isu-isu semasa kepada semua pengunjung blog ini. Emm...setakat ini tiada apa yang menarik. Isu politik yang kurang jelas akan masa depannya tidak menarik perhatian saya. Bagi saya, wakil rakyat yang diundi untuk mewakili rakyat di negeri Perak tidak menghargai pilihan rakyat terhadap mereka. Sungguh mendukacitakan, mereka seolah-olah menganggap, apabila mereka dipilih, mereka adalah ketua yang boleh melakukan segala-galanya. Kalau dah nama pun "wakil rakyat", sedar-sedarlah yang awak tu adalah wakil kepada rakyat, untuk menyampaikan hasrat rakyat kepada pemerintah..ingat.."pemerintah"..tidak semestinya "kerajaan"...kalau pentadbiran dah penuh dengan korupsi...masa depan negara pun dah macam "awan mendung menunggu untuk angin taufan"...ok..cuma ingin berkongsi pendapat...cuma 1..kita dihantar ke dunia ini untuk menjadi khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir bumi ini dengan sebaiknya...sedarlah...

No comments:

Post a Comment

ha..ada apa-apa ke..?