Tuesday, April 21, 2009

sayangkan bangsa

Sayangkan bangsa..? Ungkapan ini kadangkala kelihatan seperti sangat patriotik. Namun, terdapat pihak yang menyalah gunakan ungkapan ini untuk tujuan peribadi mereka. Sebagai rakyat yang dikategorikan sebagai bumiputera di Malaysia ini, saya bersyukur kerana pelbagai kemudahan yang diberikan kepada kita. UiTM adalah salah satunya. Pelbagai maksud yang dilemparkan oleh "mulut-mulut nakal" terhadap frasa "UiTM" ini. Namun bagi saya, saya sedar bahawa sebagai rakyat yang diterima masuk ke institusi ulung ini, saya perlu bertanggungjawab terhadap bangsa yang telah mencurahkan seluruh tenaga mereka untuk membantu mereka yang "menetap" di dalam UiTM ini. Saya mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara walaupun sumbangan saya tidaklah sehebat pemimpin yang sedang memimpin negara, tetapi sumbangan yang kecil ini, jika dapat diteruskan, insyaallah pelbagai kemajuan akan dapat kita kecapi. Begitu banyak sumbangan yang dapat kita lakukan, sama ada dari segi modal kewangan, tenaga kerja, kemahiran mahupun intelektual. Tidak semua orang layak digelar professor mahupun menyandang gelaran Doktor falsafah (PhD), tetapi semua orang mempunyai kemahiran tersendiri. Yang paling penting dalam mengekalkan martabat sebuah negara adalah modal insan keluaran negara itu sendiri...!!! Kita boleh berbangga dengan orang kampung kita yang belajar di Oxford, Harvard University ataupun universiti-universiti "obersi" [nota: oversea-luar negara] tetapi jika mereka pulang ke negara ini dengan membawa budaya "obersi" mereka itu, bukankah membawa kepada masalah..? Rakyat Malaysia berjuta-juta jumlahnya, cukuplah dengan 10% mereka yang dihantar belajar di sana dan terikut-ikut dengan budaya sana, bukan semua...cuma 10% sahaja, pulang kesini, sudah boleh menubuhkan pergerakan mereka sendiri..kerana mereka bijak memutar belit fakta. Pemuda yang kurang berpengetahuan pula melihat perkara itu sebagai "stylo" dan tanpa mengetahui asal usul sesuatu perkara itu, terus mengikutnya. Saya tak bermaksud mangatakan belajar di luar negara itu tidak bagus, tetapi pelajar-pelajar ini perlu ditanamkan dengan sifat cintakan agama, bangsa dan negara. Peranan dan tanggungjawab persatuan pelajar di luar negara adalah sangat penting dalam memastikan rakyat negara ini tidak menjadi bagai kacang lupakan kulit. Pelajar yang dihantar ke luar negara ini boleh dianggap sebagai duta kecil negara, boleh juga dianggap sebagai agen perisik negara dalam peranan membawa maklumat berkaitan dengan ilmu pengetahuan masuk ke negara kita. Jadi, sedarlah wahai bangsaku bahawa kemajuan, keamanan dan perpaduan yang kita kecapi di Malaysia ini tidak akan kekal jika kita lalai dan terpedaya dengan anasir-anasir luar yang cuba masuk ke negara kita dengan cara yang halus, tidak menggunakan kekerasan tetapi lebih berbisa pedihnya daripada pedih dan derita kemusnahan yang disebabkan peperangan.

No comments:

Post a Comment

ha..ada apa-apa ke..?