Friday, April 24, 2009

Tugas dan ganjaran

Jam 6 pagi, telefon bimbit saya berbunyi. Penyelaras unit menghubungi saya untuk memaklumkan jurulatih akan datang pada jam 9 pagi..ya..9 pagi. Pagi ini saya tidak ke masjid untuk solat subuh b'jema'ah kerana lewat bangun...jam 5.58 pagi. Semuanya terjadi pada pagi ini. Hmm...agak terkilan di hati ini kerana tidak dapat ke masjid. Jadi, saya dapatlah menjawab panggilan penyelaras unit itu. Selepas solat subuh, saya tidur semula dan tersedar jam 8.45 pagi. Terus saya bergegas bersiap untuk ke pejabat unit dengan membawa dokumen-dokumen penting. Rupa-rupanya jurulatih tiba jam 10 pagi. Hmm...jadi dalam tempoh satu jam itulah saya melengkapkan laporan untuk jurulatih dan berbincang apa yang patut dengan penyelaras unit. Jam 10 jurulatih tiba dan berbincang tentang pemarkahan pelajar. Selesai perbincangan, saya bersama bear (rakan sekelas, sejawatan, sepasukan) dan jurulatih pergi ke warung kampus untuk makan tengahari, jurulatih belanja...hahahaha. Tiba masa nak bayar, juruwang warung mengatakan makanan kami telah dibayar. Terkejut jurulatih saya. Seorang pelajar telah membayarkan untuk kami bertiga. Alhamdulillah...rezeki... Saya perlu berterima kasih kepada pelajar tersebut. Tugas adalah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kita untuk kita laksanakan sebaiknya. Insyaallah....rezeki dan ganjaran akan tiba kepada kita tanpa kita sangka. Yang penting adalah keikhlasan. Jadi, buatlah kerja dengan ikhlas kerana dengan keikhlasan itulah yang akan membuatkan hasil kerja kita itu akan kelihatan sempurna di mata orang.

No comments:

Post a Comment

ha..ada apa-apa ke..?