Monday, May 11, 2009

Apa itu masa..????

Siapa yang tak tau masa...? Boleh balik sekolah tadika, tanya cikgu.."cikgu..cikgu..masa tu apa..?"
Kita di ajar bercakap atau bertanya "pukul berapa sekarang..?" Langsung tak wujud perkataan masa dalam pertanyaan tu. Tapi itulah yang di tunjukkan sebagai masa. Baik..tu tiada kena mengena langsung dengan apa yang anda nak baca selepas ini.


Didalam surah Al-Asr, Allah berfirman "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.."
Memang itu hakikatnya. Jika kita tidak pandai menggunakan masa dengan bijak, rugi.......!!
Semua perkara bergantung kepada masa. "Baik, masa tinggal 5 minit sahaja lagi, pastikan maklumat di hadapan kertas jawapan telah ditulis dengan lengkap.." Susunan ayat yang biasa kita dengar dalam situasi peperiksaan. Saya suka mengambil contoh yang berkaitan dengan "formasi atur gerak" yang 100% menggunakan masa sebagai panduan. Dalam satu rompakan bank, penjenayah yang professional akan mengatur strategi untuk melaksanakan rompakan mereka. Jika rompakan hendak dilakukan dalam tempoh 1 minit, maka mereka perlu melakukan dalam satu minit. Yang pemandu lain, yang menjaga bahagian luar kawasan lain, yang menggertak kakitangan bank lain, semua ada peranan masing-masing dan ada kiraan masing-masing. Itulah kesan masa, jika perompak-perompak itu terlewat sedikit, maka gagallah mereka. Sama seperti operasi polis, tentera atau bomba. Masa menjadi elemen utama dalam pergerakan operasi mereka. Jika polis dan tentera, apabila telah ditetapkan jam 2100 untuk melepaskan tembakan, maka semua anggota perlu melepaskan tembakan pada waktu yang sama. Jika seorang melepaskan tembakan hanya 5 saat awal daripada waktu yang ditetapkan, bermakna posisi mereka dalam bahaya. Mereka boleh diserang semula secara bertubi-tubi oleh pihak musuh. Jika bomba pula, jika di dalam modus operandi mereka menetapkan 5 minit atau kurang untuk ke lokasi kejadian, maka mereka perlu mematuhinya. Jadi, apabila anda melihat ada jentera bomba berhampiran anda, berilah laluan...!!!!

Allah Subhanallah Ta'ala telah menetapkan waktu solat fardhu untuk hambanya yang menjadi umat Muhammad, kekasihnya. Akal kurniaan Nya boleh kita gunakan sebaiknya untuk tujuan mendapat waktu solat. Sebab itulah, waktu solat pada bulan berikutnya kita boleh tahu pada hari ini padahal jaraknya hampir sebulan. Jika kita berada pada zaman Perak Man, agak mustahil untuk kita mendapat tahu tentang waktu solat tersebut.

Jadi, memang terbukti yang masa itu mempengaruhi hidup kita. Ada yang kata, bosan, tak tau nak buat apa. Jadi, mereka bolehlah tergolong didalam golongan yang rugi kerana tidak menggunakan masa dengan betul. Kehidupan sebagai umat Islam ini memang teratur. Apabila menjadikan Islam itu sebagai Ad-Din, maka kehidupan kita akan lebih teratur. Insyaallah..apa yang penting adalah memohon bantuan dari Nya untuk menjadikan diri kita ini kuat, sihat, berpengetahuan dan memenuhi ciri-ciri hamba Nya yang bersyukur keatas nikmat Nya..Amin........

No comments:

Post a Comment

ha..ada apa-apa ke..?