Friday, January 8, 2010

CO of The Sixth Batalion Commander

nama diberi Ahmad Fuad Bin Mohd Ariff. dilahirkan pada 16 November 1989.
bertempat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Taman Didikan Kanak-Kanak KEMAS (TADIKA KEMAS) Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor. cikgu yang mengajar adalah Puan Khadijah Ismail (cikgu Jah). mendapat pendidikan agama fardhu 'ain melalui kelas KAFA yang dibimbing oleh ustazah Azizah dan ustazah Asmah. mendapat pendidikan primer di Sekola Kebangsaan Senai bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. pernah termasuk dalam kalangan pelajar yang mendapat peluang untuk menduduki Penilaian Tahap Satu (PTS) tetapi gagal. boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar yang nakal. pernah didenda dengan seorang guru berbangsa cina -Cikgu Chia- kerana dianggap membuli seorang pelajar india muslim.
Setelah tamat pendidikan primer, pendidikan sekunder disambung di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dengan kelulusan UPSR 4A1B. bergiat aktif dalam Kadet Bomba Dan Penyelamat sejak di tingkatan 1 lagi. menyambung pendidikan sekunder di sekolah yang sama dengan kelulusan PMR yang begitu tipis 6A2B1C dengan mengambil tempat di kelas aliran sains. oleh kerana kurikulum pendidikan yang begitu mantap dan atitud sebagai pelajar yang tidak menepati karekteristik sebagai seorang pelajar aliran sains, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diperolehi adalah sangat mendukacitakan. tiada sebarang A didalam slip yang diperolehi semasa hari keputusan dikeluarkan.
namun perjuangan hidup ini tidak terhenti di situ sahaja dalam konteks menuntut ilmu dan menepati keperluan modal insan semasa, pendidikan tinggi diteruskan di institut pengajian tinggi ulung negara hak sepenuhnya bumiputera, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat. Mengambil program diploma dalam bidang pengurusan maklumat dan kini menuntut di semester akhir diploma.
dalam konteks mengambil bahagian dan menyertai aktiviti kampus secara aktif, saya menyertai sebuah badan beruniform yang digelar Komander. bermula dengan mengikuti kursus ko-kurikulum KOR Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia UiTM Johor, minat yang berputik sejak di bangku pendidikan primer di teruskan dengan penyertaan dalam Latihan Intensif Bakal Komander Siri 16 UiTM Johor.
Tujuan latihan itu adalah untuk melatih dan memberi latihan intensif kepada peserta sebelum mereka layak digelar komander. Ini kerana, apabila sudah digelar Komander, secara langsung amanah yang dipikul oleh kita adalah amat besar. Jadi, saya mengambil cabaran itu dan menyertai badan beruniform ini. dengan penganugerahan pangkat Komander Rendah Muda yang disarungkan ke bahu secara simbolik oleh Pengarah Kampus selaku Kolonel Kehormat, bermula dari itu saya sudah meletakkan diri ini dalam satu situasi dimana saya memikul amanah yang berat yang diharapkan oleh warga pentadbir kampus. bermula dari itu, saya terus diberikan kepercayaan dengan kenaikan pangkat hinggalah kepada kepercayaan sebagai Pegawai Pemerintah Komander Batalion 6 UiTM Johor.
Sebagai seorang komander, saya merasakan adalah tanggungjawab kepada saya untuk memastikan disiplin pelajar di bawah tanggungjawab saya berada di tahap yang terbaik. jika kita melihat situasi terkini dimana para Komander menjadi pembantu jurulatih kepada jurulatih-jurulatih Ko-Kurikulum, menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk menunjukkan satu sifat dan teladan yang terbaik kepada para pelajar khususnya pelajar semester 1 yang diwajibkan mengikuti kursus beruniform dalam Ko-kurikulum mereka. selain itu, adalah menjadi tanggungjawab mereka juga untuk memastikan tahap disiplin mereka memuaskan semua warga kampus terutamanya para pensyarah.
jadi, sebagai satu konklusi kepada pengenalan ini, saya mengharapkan agar para komander yang baru dilantik agar menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh bersungguh-sungguh.
jadi, ingat para komander, saya mahukan anda memberikan sepenuh komitmen dalam penglibatan anda dalam Komander Batalion 6 UiTM Johor. namun ingat satu perkara, tujuan utama anda di UiTM Johor ini adalah menuntut ilmu mengikut bidang anda masing-masing, jangan menjadikan penglibatan anda dalam Komander sebagai alasan untuk anda tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran anda.
-study is the first-
-commander is the second-
for the P.A.C. , our word is different than this
pegang kepada kata-kata ini
"BUKAN SENANG NAK SENANG"
"BUKAN SUSAH NAK SUSAH"
anggap anda boleh lakukan segala arahan dan tugasan yang disampaikan kepada anda
fikir positif dalam segala masalah anda
jangan lari dari masalah kerana ia tak akan selesai
selesaikan walaupun anda akan menghadapi pelbagai kerumitan kerana kerumitan itu hanya sementara untuk penyelesaian selama-lamanya
-WELCOME TO JPKK-
-WELCOME TO THE SIXTH BATALION COMMANDER of UiTM-
Ahmad Fuad Mohd Ariff
P.A.C.

No comments:

Post a Comment

ha..ada apa-apa ke..?